Cerita 2

12/30/2011

 
Cermin Mata 

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” "Dah tentu”, jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang. 

Hadiah Cincin Berlian 

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut. Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?” Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu.” 

Atok & Cucu 

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?” Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan. Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???” (Atok marah tahap tertinggi) Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.” Atuk: "Tak sama apanyerr???” Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?” Atuk: "?…?…?…?…?…?” 

Comments are closed.